tema kaseh coz sudi lawt bl0g yg burok ny>.<... sila tingglkn jejak anda.. anda memey terbek la.... a lot of love 2 all <3 follow la yew nty saia foll0w blek
-->
▼ kami kawan ▼


bace & jgn lupa komen n f0ll0w

p0se



salam.
hyep!!!!
nk tlz p0st sal pa ek??
lma x p0st an...
ha la dah tba dah bulan yg penuh ngn rahmat..
                                                           ahlan wasahlan ya ramadhan
 


s!YeS jGn CtEr At oWaNg LeN

sedeh~~~

salam~~~~`
sedeh sgt``
 x sangka dya pergi dlu...

AL FATIHAH BUAT ARWAH SAHABATKU SYAFIKAH ZABIDI...
smua r0h nya d ccri rahmat..
d saat ny aq sdeh+epyy


 sedeh
sebab dya pergi wat slmamanya...
smoga dya di rahmati oleh ALLAH
sebak rasa nyer aty ny...
last aq tgok arwah masa darjah 6
x sangka ny prtemuan yg trakhir.....
sebak sgt 2
rase cm x cye jew.............
 eppy
dapt jmpa semua kwn2 lma walaupun dlm keadaan yg sedeh
papa2 p0wn kmi still sedeh
arp pas ny kmi akn sntisa brhubung

~ aq amat brharap permergian nya di rahmati ALLAH~
doaku sntiasa nrsama mu~
   
s!YeS jGn CtEr At oWaNg LeN

i like th!s p0st

Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.
Antara pujian itu:
"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."
"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."
Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.
Pasangannya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. Tidak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji untuk bertemu tanpa ada istilah jemu.
Bahagiakah namanya itu jika setiap hari keluar dating? Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T.
"Yang penting 'happy', hidupkan hanya sekali."
Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun. 
Kalaulah pasangan yang dipilihnya tidak cantik, tidak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buatnya.
Antara kejian itu:
"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."
"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro.."
Mesti sakit hati jika menerima kejian sebegitu?
Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.T dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.
Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.
Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.
Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang sebegini. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.
Antara pujian itu:
"Hebatnya kamu, dahlah 'handsome', bergaya... 'loaded' lagi"
"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".
Dalam hati tak terkata, betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.
Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook, handphone, semuanya hanya di hujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan ber-chatting di facebook sehingga jam 3 - 4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidak? Bila diri dilamun cinta, hati takkan jemu meluahkan rasa rindu.
Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan? Ya lah, pasangan orang lain semuanyahandsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita...
Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah S.W.T. Tentu bosankan? Asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah S.W.T dah tetapkan untuk kita,s upaya kita tidak terus hanyut dengan godaan Iblis Syaitan. Allah S.W.T nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.
Di dunia kita tidak merasai azab Allah S.W.T, sebab itulah kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan sahaja. Kalaulah Allah S.W.T turunkan azab-Nya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri..
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat.
..
s!YeS jGn CtEr At oWaNg LeN

i luv islam

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."
-Artikel Iluvislam.com
s!YeS jGn CtEr At oWaNg LeN

kyrah 0nlin3
holiday

my muka buku

Mushroom Cahaya Kyrah

Create your badge
NUR SYAKIRAH
NNaif
UUntung
RRamah
SSuci
YYakin
AAmanah
KKomited
IIkhlas
RRealistik
AAlim
HHarum
Apa ada pada nama?

p0int 4 2012

*kuangkn msa men*
*brk0rban 4 spm*
*do da bez 4 spm*
*sk0r spm*
*msa depan yg cerah*




ShoutMix chat widget
[close]

About Me

My photo
nur kyrah
big pumkin, kedah, Malaysia
hai wonder blogger..come n follow me..insyaallah i will follow u back..i was 16 years old and i was study at smk kulim.ok,see ya..
View my complete profile


Blog Archive

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  July (2)
      •  ny adeq agkt aq..nabihah....aq rasa untung sg...
      • kami kawan
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (6)
    • ►  April (10)
    • ►  March (2)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (13)
    • ►  December (13)
Backgrounds & Flower Backgrounds